Isnin, 14 September 2015

BAHAYA TANPA SHAKLEE SEMASA JEREBU- TIPS UNTUK ANDA SEKELUARGA

TIPS JEREBU: PENJAGAAN KESIHATAN SEKELUARGA



Assalamualaikum w.b.t 
Ada yang bertanya kepada saya, Shaklee tak ada ke suplemen yang sesuai untuk keadaan jerebu ni? Ada, memang ada. Tapi sebelum tu, kita kenalah tahu jugak kesan jerebu ni pada kesihatan kita. Kenapa pulak kita kena ambil suplemen ni. Dah amek suplemen, konform ke tak kena jangkitan?

Okay, kita mulakan dengan kesan jerebu ke atas kesihatan kita. Antara kemungkinan kesan kesihatan termasuklah kesukaran untuk bernafas, serangan jantung, gatal–gatal pada tekak, gatal–gatal pada mata, jangkitan pada bahagian atas saluran pernafasan dan gatal–gatal pada kulit.

Musim-musim jerebu ni semua peringkat umur sama ada dewasa, kanak-kanak mahupun warga emas terkena tempias kesannya. Jerebu mungkin kelihatan hanya seperti asap biasa, tetapi ia sebenarnya mengancam kesihatan & nyawa kita semua tau! Jom kita kenali segala yg berkaitan dengan jerebu ni..





Apa itu JEREBU?
Jerebu adalah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil yang tidak boleh didlihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Justeru, ia boleh mengurangkan jarak pandangan mata kasar. Antara punca-punca jerebu adalah seperti pembakaran secara terbuka, asap dari kilang perindustrian ataupun asap daripada kenderaan bermotor.

Siapakah yang terancam akibat JEREBU?
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatagkan kesan yang buruk kepada semua orang terutamanya golongan berisiko tinggi seperti:

» Kanak-kanak
» Orang tua
» Mereka yang mengalami penyakit asthma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung & alahan
» Perokok
» Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah kesan-kesan JEREBU?
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:


» Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
» Terasa sukar untuk bernafas
» Mata Terasa pedih & berair
» Hidung berair dan kerap bersin
» Kulit badan terasa gatal-gatal
» Terasa sakit dada

Tips penjagaan kesihatan kita & anak-anak di musim jerebu:

» Minum air masak/kosong dalam kuantiti yg banyak. Sebaik-baiknya tidak kurang dari 3liter sehari.

» Kurangkan aktiviti di luar. Jika terpaksa ke kedai membeli sesuatu, mininumkan masa memilih barangan. Selesaikan pembelian dengan segera.
» Gunakan topeng muka apabila berada di luar. Pilih topeng muka yg benar-benar membantu menapis udara seperti n95 Face Mask.


» Sediakan/masaklah makanan sendiri di rumah. Ia pasti lebih bersih & selamat.
» Tutup semua pintu & tingkap ketika berada di rumah. Seeloknya pasangkan pendingin hawa (air-cond). Tetapkan suhu pada suhu bilik iaitu antara 24-27darjah celcius bagi tujuan pengudaraan dalam rumah yg lebih sihat.

» Lakukan pelbagai aktiviti kreatif yg menarik bersama anak-anak agar mereka merasa seronok berada di rumah. Ambil peluang ini untuk meluangkan masa yg lebih berkualiti bersama mereka di rumah!



Jadi, antara suplemen yang disarankan adalah :
① Nutriferon - Nutriferon ni dikenali sebagai penggalak sistem imun di mana ianya akanmengaktifkan sistem pertahanan badan kita untuk melawan serangan / jangkitan daripada bakteria. Dengan keadaan jerebu sekarang ni, kita tak tahu apa yang kita sedut ke dalam paru-paru kita. Jadi, kita perlukan sistem pertahanan yang kuat untuk melindungi diri kita terutamanya organ-organ dalaman.

② Chewable Vita-C Plus - Memandangkan Sustained Released Vita-C Plus belum ada lagi di pasaran, so option yang kita adalah Chewable Vita-C Plus. Seperti yang kita tahu, vitamin C juga penting untukmeningkatan sistem imunisasi kita. Dengan sifatnya yang ‘chewable’ so sangat sesuai untuk kanak-kanak consume (Orang dewasa juga boleh ambil sebab khasiatnya sama sahaja).

Bagi saya, ianya umpama peperangan. Anggaplah seperti kampung kita dalam keadaan huru hara. Bila-bila sahaja kita akan diserang musuh. So, dah tentulah kita kena buat persediaan mental dan fizikal untuk melawan serangan tersebut. Samalah seperti situasi sekarang. Kampung adalah tubuh badan kita. Jerebu adalah keadaan yang tidak selamat. Musuh adalah patogen (bakteria / virus). Persediaan yang perlu kita lakukan adalah dengan menguatkan sistem pertahanan badan kita.

③ Performance Drink - Minuman penambah tenaga berperisa oren ni sangat sedap rasanya. Pengambilan Performance Drink boleh membantu mengelakkan dehidrasi atau kehilangan mineral daripada tubuh badan. Jadi sangat sesuai dalam keadaan cuaca panas dan berjerebu macam sekarang ni. Bagi penggemar minuman bertenaga Redbull atau Livita, apa kata anda beralih arah pada Performance Drink? Serious, rasanya lagi sedap daripada Redbull (manis sangaattt) ataupun Livita (rasa macam ubat).

4- Sekiranya anak anda menghidap asthma, berikan Mealshakes & Omega Guard agar mereka tidak terkena serangan asthma.
Dan kalau korang ada budget lebih, boleh tambah Set Kesihatan Optimum (Vita-lea | B-complex | Chewable Vita-C Plus) untuk menyokong sistem kesihatan yang unggul



Tapi.... Bila korang dah ambil suplemen2 ni, bukannya bermaksud korang dah kebal. Boleh keluar rumah sesuka hati. Abaikan aspek kesihatan fizikal. NO.. NO.. And ABSOLUTELY NO. Korang still kena pakai mask bila keluar (if cuaca masih berjerebu). Bila keluar rumah, balik tu, terus basuh tangan, muka ataupun cuci bahagian kulit yang terdedah (mandi). Air minum jangan dilupakan. Dalam apa keadaan sekalipun, jangan lupa minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari (Waktu puasa, pandai2 lah minum waktu malam, jangan pulak minum time siang..). Lagi? Boleh rujuk kat entry Jerebu &Kesihatan.. Dah tu, sama je lah kalau amek suplemen ataupun tak. Well, prevent is better than cure, am I right?

Kesimpulannya, jagalah kesihatan anda walau di mana anda berada, walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Health is Wealth. 

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:



♥ sms/whatsApp: 0199426177



COD:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, PULAU PERHENTIAN,BESUT TERENGGANU




Tiada ulasan:

Catat Ulasan