Isnin, 21 September 2015

5 PILIHAN TOP VITAMIN SHAKLEE UNTUK HILANGKAN GASTRIK

Ramai pula yang cari vitamin Shaklee untuk hilangkan gastrik sekarang ni..Ada yang nak set
 bajet, ada yang nak set paling mujarab, ada yang sedang belajar, ada yang baru masuk alam pekerjaan dan ada juga yang sudah beranak pinak. Eh, yang sedang hamil pun ada alami
 gastrik tau! Saya pernah terbaca dari sumber internet, gastrik adalah trend penyakit moden. Mungkin ia disebabkan faktor pemakanan, maklumlah sekarang ni terlalu banyak 
makanan yang diproses atau mungkin disebabkan faktor cara hidup dan tekanan, 
maklumlah sekarang ni semuanya terkejar-kejar, tak cukup masa, tak cukup rehat..

Siapa pun orangnya atau apa pun puncanya, jangan risau..Saya sangat senang hati 

nak berkongsi 5 pilihan top vitamin Shaklee untuk hilangkan gastrik dengan berkesan.
 Yang pasti semuanya mujarab bukan setakat boleh bantu hilangkan gastrik
 malah mencegahnya dari berulang. Insha Allah...
vitamin shaklee untuk gastrik


Tahu tak, secara normal sel-sel dalam perut secara semulajadinya menghasilkan 

asid hidroklorik untuk fungsi pencernaan makanan. Asid ni adalah sangat berasid 
iaitu pada skala pH 1-2 hinggakan jika terkena pada kulit luaran, kulit itu akan terhakis.
Dalam perut juga ada lapisan mukosa yang berfungsi sebagai pertahanan untuk
 melindungi dinding perut dari kesan berasid tadi tu.

Tapi, bila terlalu banyak asid dirembeskan ditambah pula kekuatan lapisan 

pertahanan dinding perut menjadi lemah, keradangan berlaku. Itulah yang dipanggil
 gastrik. Lebih teruk dari gastrik jika ulser perut dan pendarahan pada dinding 
perut berlaku. Ia boleh menyebabkan masalah najis dan muntah berdarah.







Simptom gastrik
  • Sakit perut
  • Perut rasa senak, kembung, kerap sendawa & kentut terutama selepas makan
  • Hilang selera makan
  • Rasa loya
  • Najis hitam dan muntah berwarna gelap seperti kopi (ulser perut)


Siapa yang berisiko mengalami gastrik
  • Mereka yang kerap mengambil ubat tahan sakit dalam tempoh yang lama 
         contohnya aspirin (ubat untuk pesakit jantung yang mencairkan darah)
  • Perokok dan banyak minum alkohol.
  • Jangkitan bakteria Helikobakter Pilori (H Pilori) yang melemahkan
          lapisan mukosa.
  • Mereka yang suka mengamalkan ubat tradisional terutama yang 
          mengandungi akar kayu. Ia termasuk ubat tradisional Cina dan 
          Melayu kerana kebanyakan ubat tradisional dicampur steroid
          untuk meningkatkan keberkesannya.

Jadi, bagi mereka yang mempunyai gastrik, anda harus berhati-hati 
dengan beberapa 
jenis makanan yang disenaraikan seperti di bawah :-

1- Makanan/ minuman yang berasid ;- kepada yang suka minum orange juice,
 air limau nipis atau air asam jawa, disarankan agar mengurangkan pengambilan 
minuman ini,… Memang ia kaya dengan vitamin C, tetapi ia juga kaya dengan 
asid yang bakal buat dinding perut anda jadi nipis
 2- Makanan pedas :-  Ini bergantung kepada tahap ketahanan perut seseorang.
 Jika anda seorang
 yang tidak tahan pedas, anda harus elakkan dari makan makanan sebegini. 
 Makan atas risiko sendiri ya!!
3- Makanan yang berangin :- Ada banyak jenis makanan berangin seperti
 kekacang, petai, jering, kerdas dan yang sewaktu dengannya.
4-.Air berkarbonat/kafein :- Memang sedap minum air berkarbonat, 
tapi untuk pesakit gastrik, jangan 
diamalkan.  Jika teringin nak minum, pastikan perut kenyang
 dan tidak mengambil makanan/minuman lain
 yang diketahui menyumbang kepada gastrik
5-Susu :- Ada yang mengatakan bahawa susu akan membuat
 perut mereka lagi meragam.

Selain dari ubat-ubatan klinik anda boleh memilih vitamin Shaklee untuk
membantu anda hilangkan masalah gastrik. Vitamin Shaklee yang terbaik 
yang boleh membantu anda menghilangkan masalah gastrik ialah










1. ESP 
Penting dalam pemulihan (elakkan susu). ESP membekalkan protin yang diperbuat
 dari kacang soya yang memang diketahui umum sebagai tumbuhan yang tinggi sifat
 alkalinya. Oleh itu, ia sangat berguna untuk meneutralkan semula keasidan dalam
 perut yang merupakan punca utama gastrik. Ia juga membantu membina semula
 sel-sel yang baru bagi menggantikan sel-sel yang telah lemah dan rosak.

vitamin shaklee untuk gastrik




2. Peppermint Ginger Plus 
Kombinasi 4 herba yang terdiri dari pudina, halia, jintan (fennel) dan
 bunga lawang (anise) terbukti secara klinikal dapat membantu mengatasi
 masalah gastrik, loya, penghadaman dan sendawa. Ia melegakan kesakitan
 gastrik, pedih ulu hati dan cirit-birit


shaklee gastrik

3. Ostematrix

  • Vitamin yang mengandungi kalsium dengan magnesium dan vitamin D
  • Membantu meneutralkan asid yang telah memasuki esofagus dan menyebabkan
            pedih ulu hati.
  • Kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sesiapa 
          yang memang gemar minum susu adalah jarang untuk mendapat gastrik.
4. B Complex
  • Bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu mengatasi sakit
            gastrik anda. 
  • Melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh tubuh
            dan sistem saraf kita.
  • Berlainan sifat dengan pain killer yang hanya bersifat menghilangkan kesakitan yang 
           sementara. Jadi tak perlulah makan pain killer lagi.





5. Alfalfa Complex
Sifat semulajadinya yang beralkali membantu meneutralkan keasidan dan

 mengurangkan keradangan. Baik untuk perubahan patologi dalam usus 
dan perut dengan memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti 
kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
vitamin shaklee untuk gastrik


atasi gastrik dengan shaklee


Jangan biarkan masalah gastrik berterusan menghantui hidup anda. 

BERTINDAKLAH SEGERA. Dapatkan vitamin Shaklee untuk hilangkan
 gastrik berserta konsultasi & cara makan secara eksklusif hari ini dengan
 menghubungi saya ditalian berikut


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:



♥ sms/whatsApp: 0199426177



COD:Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, PULAU PERHENTIAN,BESUT TERENGGANU


Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan
 setiap pembelian khas untuk anda!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan