Ahad, 24 April 2016

Apa yang best vitamin c shaklee ni?

UNTUNGLAH.....
Vitamin C ni beri pelbagai manfaat pada saya dan semua orang.
✔makin CERAH
✔jeragat HILANG
✔kulit LEMBAP
✔lingkaran hitam bawah mata HILANG
✔ HAPPY sangat ! . .
=====


KHASIAT SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS
=====
.
🍊Merangsang pembentukan kolagen .
🍊Menguatkan immune sistem.
🍊Membantu mengekalkan kulit yang awet muda .
🍊Mengatasi masalah insomnia .
🍊Mencegah jangkitan penyakit mudah berjangkit seperti demam, flu .
🍊Memperbaiki sistem pendarahan.
🍊Merendahkan & mengawal masalah tekanan darah tinggi .
🍊Mencerahkan kulit secara semula jadi .
🍊Memberikan tenaga.
🍊Membantu penyerapan iron .
🍊Mengekalkan kolestrol yang sihat .
🍊Meningkatkan metabolisme & membantu mengekalkan berat badan ideal
🍊Mengelakkan katarak .
🍊Mengawal masalah kulit berminyak .
🍊Mengecilkan pori muka .
🍊Membantu melindungi badan dari radikal bebas .
🍊Mengurangkan asid untuk pesakit gout .
🍊Mengawal paras gula dalam darah .
.
Apa yang best sangat ‪#‎vitaCshaklee‬ ni ?
Sebab 1 botol tahan 6 BULAN!
Mau harga best??
Pm/wa 0199426177👍😍

Isnin, 18 April 2016

KENAPA PERLU DETOX?



Program Jom Detox Cara Shaklee telah diadakan di Shaklee Branch Kota Bharu pada 8 April 2016. Jom Detox Cara Shaklee adalah program yang disenaraikan untuk acara bulanan Health & Wellness Talk. Program yang berlangsung seawal 8.30 malam hingga 10.00 malam ini disampaikan oleh puan Siti Sarah (pakar nutrisi Shaklee) berkisar taklimat kepentingan detox dan amalan yang berkait dari sudut pemakanan, senaman dan penghadaman.
Image result for program detox shaklee april 2016
Jom Detox Cara Shaklee adalah sebuah program bertujuan untuk mengetahui bagaimana konsep detoks Shaklee dapat membantu untuk meningkatkan tenaga, memiliki kulit yang lebih cantik, badan cergas & sihat, membaiki sistem penghadaman, melegakan kembung perut & angin. Manfaat setiap set produk detox Shaklee membantu proses aktiviti detoks berjalan dengan lebih berkesan.
Maklumat yang diperolehi dari program Jom Detox Cara Shaklee dikongsikan dalam artikel ini secara ringkas sebagai panduan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat dengan cara yang lebih berkesan dan selamat.

Kenapa perlu detoks?

Detoks diperlukan untuk mengeluarkan bahan-bahan yang tidak diperlukan badan atau dalam erti kata lain badan tidak memerlukannya kerana boleh menjejaskan kesihatan seperti toksin, pencemaran, racun / chemical dan makanan tidak sihat.

Kesan daripada amalan detoks ini sangat diperlukan untuk kesihatan yang lebih baik seperti berikut:
  1. Ingin lebih bertenaga
  2. Ingin lebih fokus
  3. Ingin lebih sihat
  4. Ingin penghadaman yang lebih baik
Risiko jumlah toksin yang tinggi dalam badan boleh membawa  gejala yang tidak sihat dan menyumbang kepada penyakit yang menjejaskan gaya hidup sebagaimana gejala berikut:
  • Sembelit
  • Berat badan meningkat
  • Kulit kusam dan berjerawat
  • Cepat letih
  • Suka makanan yang manis
  • Susah nak tidur
Meneutral dan  menapis toksin keluar

Organ yang terlibat dalam menapis toksin keluar ialah:
  1. Hati
  2. Paru-paru
  3. Kulit
  4. Buah pinggang
  5. Usus
  6. Limpa
  7. Kolon
siti sarah, siti, sarah, nutritionist, nutrisi, shaklee, branch kota bharu, #hiduphebat, hidup hebat
Puan Siti Sarah (Nutritionist)

Bagaimana cara detoks?

Detoks dapat dilakukan dengan cara seperti berikut:
  • Kawal pemakanan
  • Senaman
  • Suplemen
  • Kurangkan terdedah kepada chemical
Produk detoks Shaklee
Shaklee mempunyai beberapa produk yang boleh digunakan untuk tujuan detoks. Kesemua produk ini mempunyai peranan tersendiri dalam pelan amalan detoks yang dilakukan seharian dan sasaran dilakukan selama 7 hari.
  1. Alfalfa Complex
  2. DTX Complex 
  3. Peppermint Ginger Plus
  4. Herb-Lax
  5. Vivix
Promosi Set Detoks Shaklee

Shaklee Malaysia melancarkan kempen detoks bermula April 2016. Menampilkan Set Detox Shaklee Alfalfa ComplexDTX ComplexHerb-LaxPeppermint Ginger Plus dan Vivix pada harga istimewa. Set Detox Shaklee menyediakan keistimewaan seperti berikut:
  1. Keahlian percuma seumur hidup
  2. Kos pos percuma
  3. Bonus RM33.00  
  
    Petua detoks dengan lemon

    Lemon memiliki khasiat tinggi yang berupaya membantu hati membina sel-sel baharu. Selain popular sebagai buah mesra jantung, lemon juga digunakan sebagai detoks untuk kesihatan organ penting dalam badan agar berfungsi dengan lancar.

    7 hari detox cemerlang

    Melalui program Jom Detox Cara Shaklee #HidupHebat digariskan beberapa panduan yang boleh digunakan untuk melakukan detox yang disasarkan selama 7 hari. Pemakanan yang disarankan antaranya seperti fiber, sayuran hijau, buah-buahan dan sup (sayuran). Paparan penuh dapat dirujuk di laman Shaklee2u di bahagian Resource Center.

    Program Jom Detox Cara Shaklee #HidupHebat /  Jom Detox Shaklee Way! #LiveAmazing telah diadakan dengan jayanya dan mendapat maklum balas yang memberangsangkan melalui perkongsian, pertanyaan dan panduan yang dikemukakan oleh setiap peserta bersama pakar nutrisi Shaklee puan Siti Sarah. Jom bersama melakukan detox untuk kesihatan yang lebih baik untuk diri, keluarga dan masyarakat Malaysia.

    jom detox the shaklee way, detox, shaklee, detoks, branch kota bharu, #hiduphebat, hidup hebat, #liveamazing, live amazing
    Jom Detox the Shaklee way!

    #creditinspirasihuda


    Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:



    ♥ sms/whatsApp: 0199426177
    COD:PULAU PERHENTIAN,BESUT TERENGGANU

    Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

    Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM79.50 dan RM90.10 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti

    Selasa, 5 April 2016

    Jom semak 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:

    Vitamin C atau dikenal dengan asid absorbic ini mempunyai peranan yang sangat penting dalam pembentukan kolagen yang membantu meningkatkan sistem imuniti tubuh serta membantu penyerapan zat besi.





    Sejak dulu sudah diketahui bahawa kekurangan vitamin C dapat menyebabkan perubahan psikologis. Belum lama ini, peneliti dari McGill University menunjukkan bahawa pemberian suplemen vitamin C (500 mg dua kali sehari) bagi pesakit mental yang kekurangan vitamin C, secara signifikan membantu meningkatkan mood mereka


     

    25 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit, Rambut dan Badan

    Vitamin C, vitamin paling popular dari vitamin lain. Badan kita guna banyak vitamin C dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab ia penting untuk tumbesaran dan baiki sel
    .
    Jom semak 25 Kebaikan Vitamin C untuk Badan, Kulit dan Rambut:


    1. Imunisasi / Daya Tahan Badan


    Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.
    Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.





    2. Demam Biasa

    Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.





    3. Anti-oksida

    Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.





    4. Tekanan Darah Tinggi

    Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.





    Wanita berumur 56 tahun dalam video di bawah tidak menyangka penyakit Darah Tinggi dan Payudara Berdarah boleh Sembuh.

    Rahsia beliau mungkin nampak biasa tetapi sangat berharga..




    5. Saluran Darah
    Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik.Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.




    6. Keracunan plumbum.

    Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak.

    Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.




    7. Untuk Kurus

    Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yang ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan.

    Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.






    8. Tekanan

    Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.




    9. Katarak

    Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa.

    Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.


    10. Barah

    Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan.

    Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.




    11. Tenaga.

    Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

    Hamil 7 Bulan tetapi Sangat Bertenaga. Ikuti pengalaman kakak kita dalam video di bawah yang boleh ditiru oleh semua orang tak kira hamil atau tidak.


     
    Ibu Hamil Kuat Boleh Naik Flight & Panjat Candi Borobudur! Fuyooo! fromiReach HD on Vimeo.




    12. Sakit Jantung
    Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung.
    Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.




    13. Diabetes

    Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.



    14. Asma
    Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.



    Kebaikan Vitamin C untuk Kulit.


    15. Perlindungan dari matahari


    Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

    Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.


    16. Penghasilan Kolagen

    Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.

    Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.



    17. Penyembuhan Luka
    Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.



    18. Melindungi dari perubahan warna kulit


    Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).

    Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.



    19. Memperbaiki tekstur kulit.


    Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

    Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

    Wanita ini sangat FRUST dengan mukanya. Beliau ada tersalah ambil produk sampai habis rosak satu muka. Ikuti pengalaman wanita ini yang terseksa sehingga 7 TAHUN

     
    Cara Elakkan Jerawat Di Muka Dengan Cepat Lepas 7 Tahun Terseksa! fromiReach HD on Vimeo.





    Kebaikan Vitamin C untuk Rambut.



    20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut

    Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

    Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

    Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.



    21. Melawan Kelemumur

    Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala.

    Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.



    22. Mengurangkan Keguguran Rambut.


    Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

    Sila Klik Video di bawah untuk mengetahui masalah sahabat saya yang ada masalah rambut gugur sampai rambut jadi hampir BOTAK.

     





    23. Rambut yang lebat

    Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.



    24. Melawan Masalah Rambut

    Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.



    25. Mengelak dari Uban

    Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.






    Vitamin C Shaklee 



    Di Shaklee, vitamin c dikenali sebagai Sustained Release Vita-C.



    Apa itu sustained release? Ia bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Atau dalam erti kata lain ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu. Dan ia juga bersifat larut air maka, sesiapa yang consume vita c dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.


    -Teknologi penghasilan Vitamin C Shaklee adalah sustained release.
    Kenapa perlu teknologi sustain release? Sebab vitamin c mudah musnah,bersifat larut air dan tidak dapat disimpan lama dalam badan. Sustained release adalah teknologi yang membantu Vitamin C untuk kekal lama dalam badan dimana hanya 100mg vitamin C dilepaskan ke dlm badan setiap sejam.
    -Satu tablet vitamin C Shaklee bersamaan dengan 7 setengah biji oren.
    -Vitamin C Shaklee lengkap dengan bioflavonoid (bahan penting yang membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik).. dan vitamin C shaklee semulajadi tanpa bahan pewarna atau perisa tambahan




    TERCARI2 VITAMIN C YANG SUPERHEBAT DAN KESAN YANG BEST

    SEGERA DAPATKAN VITAMIN C SHAKLEE DARIPADA SAYA



    Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:



    ♥ sms/whatsApp: 0199426177
    COD:PULAU PERHENTIAN,BESUT TERENGGANU

    Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

    Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM79.50 dan RM90.10 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti

    Isnin, 4 April 2016

    Mealshake Shaklee Bahaya Untuk Kanak-Kanak?ehh..tajuk pun menakutkan je..please baca sampai habis erk


    Setiap ibu mahukan kesihatan yang sempurana untuk anak mereka. Malah anak yang sudah sediakala sihat dan ceria pun ibu masih rasa tidak puas hati sebab anak tiada selera makan. Rasanya tiada seorang ibu pun yang ingin melihat anak mereka sakit dan terlantar di Hospital. Betul tak?  Bila anak dah mula sakit, ibu pasti akan mencari sesuatu untuk mengubati penyakit anaknya itu. Adakah dengan memberi Mealshake Shaklee segala masalah akan selesai atau penyakit lain pula yang muncul? Apa yang bagus sangat dengan Mealshake Shaklee ni? Tak bahayakah untuk kanak – kanak?

    Mealshake Shaklee
    Mealshake Shaklee

    Sekiranya anak anda selalu sakit, demam, selsema, batuk, sembelit, tiada selera makan dan sebagainya anda tentu susah hati dan ingin mencuba Mealshake Shaklee kan? Betul tak? Tetapi berjaga – jaga sekiranya anak anda..
    1) Alah Kacang Soya dan Susu Lembu
    Sekiranya anak anda alah kepada kacang soya, susu lembu dan lactose intolerance. Maka Mealshake Shaklee tidak sesuai untuk anak anda. Ini kerana Mealshake Shakle mengandungi sumber kacang soya, susu lembu dan sedikit laktosa. 
    Tetapi bagi meraka yang tiada alah kepada kacang soya dan susu lembu memang tidak menjadi masalah. Ini kerana bahan – bahan yang digunakan adalah bahan – bahan yang semulajadi. Kacang soya dan lactalbumin (sejenis susu) adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protin yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sel tubuh kita.

    2) Bawah 1 Tahun
    Anak yang bawah satu tahun tidak dibanarkan mengambil Mealshake Shaklee walaupun secubit! Ingat ye, selepas kanak – kanak sudah berusia 1 tahun barulah kita boleh memperkenalkan pelbagai pemakanan kepada meraka. Bila dah mencapai umur 1 tahun ke atas, sebagai ibubapa anda perlu mengajar mereka untuk merasa pelbagai jenis makanan disamping meneruskan penyusuan susu ibu sehingga berusia 2 tahun. Lihat gambar di bawah, cadangan permakanan yang disyorkan oleh UNICEF.
    Pemakanan Bayi
    Pemakanan Bayi

    Ramai pengguna keliru dengan cara pengambilan Mealshake Shaklee untuk anak mereka. Malah ada juga yang memberi kepada kanak – kanak bawah 1 tahun. Apa yang anda harus tahu ialah, serving 34g yang dicadangkan oleh Shaklee adalah panduan untuk orang dewasa dan kanak – kanak yang sudah mempunyai penghadaman yang matang. 
    Sekiranya anak anda berusia 1 tahun sehingga 4 tahun ada cara – cara tertentu dan berapa sukatan yang dibenarkan. Panduan pengambilan Mealshake Shaklee akan saya berikan kepada semua customer saya. Pastikan anda mendapat segala panduan dan cara pemakanan yang betul. Jangan menyesal dikemudian hari pula!
    Image result for cara minum mealshake shaklee
    Mealshake Shaklee adalah suplemen, bukannya makanan rugi untuk kanak – kanak dan bukannya pengganti makanan harian untuk anak anda. Mealshake Shaklee adalah mutivitamin berbentuk serbuk yang :
    • menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat.
    • Merupakan sumber serat terbaik dan juga mengandungi protein
    • Membekal kalsium harian yang diperlukan badan
    • Index Glisemik rendah membuatkan plukosa dilepaskan secara perlahan – lahan dan teratur bagi kegunaan sel badan.
    Mealshake Shaklee amat sesuai untuk kanak-kanak berikut :-
    • Terlalu Aktif dan kurang makan. Pada usai mereka ini perkembangan fizikal dan mental mereka sangat pesat. mereka semakin sibuk untuk mengekplorasi serta mencuba pelbagai benda baru sehinggakan lupa dan tiada masa untuk makan. Mealshake menyediakan 24 jenis vitamin , mineral dan zat yangh diperlukan. kekurangan zat dalam badan menyebabkan kurang penyerapan vitamin.
    • Masalah Kulit seperti Ekzema dan allergik. kandungan Mealshake yang terdiri dari Vitamin A, C, E, Zink dan selenium yang merupakan agen anti oksida membantu melembabkan , melicinkan dan juga menghaluskan kulit.
    • Masalah sembelit. Antara punca sembelit di kalangan kanak-kanak ialah kurang pengambilan serat. Mealshake kaya dengan kandungan serat larut seperti sayuran dan buah-buahan yang berkualiti tinggi untuk melancarkan proses pembuangan air besar.
    • Kurang berat dan Kurang selera makan. Mealshake amatlah terbukti sebagai penambah selera anak-anak. Tiada lagi masalah untuk menyuruh mereka makan sebab bila amalkan Melashake mereka sendiri yang akan datang minta makanan dengan kita. 
    • Sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah asma atau lelah
    • Juga disarankan untuk kanak-kanak yang sering tidak sihat kerana kandungan Vitamin B- Complex, zat besi yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat serta meningkatkan antibodi anak-anak.
    Persoalannya ialah .. ” Mealshake tahan berapa lama ? ” Dan ” Bagaimanakah cara pengambilan yang betul ? “
    Sukatan Mealshake bergantung kepada peringkat umur. Dan pastikan pengambilan Mealshake mengikut sukatan yang betul.

    Image result for cara minum mealshake shaklee
    CARA PENGAMBILAN YANG BETUL
    Sukatan untuk Kanak-kanak (Umur 1 Tahun hingga 2 tahun)
    • Setengah sudu kecil sehari
    Sukatan untuk kanak-kanak (Umur 2 Tahun hingga 4 Tahun)
    • Satu sudu kecil sehari
    Sukatan untuk Kanak-Kanak (Umur 4 Tahun hingga 12 tahun)
    • Satu sudu besar setiap hari
    Sukatan untuk Dewasa (Umur 13 tahun ke atas)
    • 2 sudu besar setiap hari
    **  Satu canister Mealshake boleh bertahan sehingga 3 atau 4 bulan bergantung kepada penggunaan.
    ** Tidak sesuai untuk kanak-kanak umur setahun kebawah


    Susah hati bila anak selalu sakit? Cemburu bila melihat anak orang lain sihat, tembah, ceria dan riang sentiasa? Dapatkan Mealshake Shaklee sekarang juga. JANGAN TERLAMBAT!

    Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:



    ♥ sms/whatsApp: 0199426177
    COD:PULAU PERHENTIAN,BESUT TERENGGANU

    Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

    Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM79.50 dan RM90.10 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti