Selasa, 29 September 2015

Bahaya Produk Kecantikan Merkuri

Assalamualaikum

okay, mercury. yang had ni kita eksaited la time kita belajar sains dulu kan? Planet marikh la, pluto laaa. Tapi tapi yang scary nya sekarang mercury had ni;
scary tak wei? serius scary. tapi apa boleh buat. orang sekarang suka MURAH DAN CEPAT. yang had lambat lambat ni, depa tak suka, tak cepat nampak kesan. Tahukah anda, yang had murah dan cepat ni laaa bakal merosakkan tubuh badan anda? Merkuri biasanya ada dalam produk kecantikan, dan kosmetik murahan.
Merkuri atau raksa termasuk dalam golongan logam berat yang beracun meski pun digunakan dalam jumlah yang kecil. Ia berfungsi untuk mengecutkan noda hitam pada kulit dan pemakai merasakan seolah-olah ia hilang pada kulit. Jika pemakaian dihentikan, noda tersebut akan timbul kembali bahkan lebih lebar. Pengunaan merkuri semakin melampau dan biasanya dikeluarkan oleh pengilang oleh negara jiran.
Yang had seller dekat sini tinggal rebranding aje sedihhnya, pernah  kena, Alhamdulillah, saya pakai sekejap sahaja sebab nak kulit cepat putih tapi muka merana pedih yang amat sangat..kulit pulak menggelupas..malu nak p kelas masa study dekat uum ..kawan2 semua pakat tegur muka ni..adus malunya.. selepas tu cecepat research dulu. bukan main bedal jee, boleh hancuss kulit dan sistem saraf semua tau. Walaupun topik ni agak so yesterday, but still ada jugak yang buat tak endah jee. kang kulit kau dah terbakor apa semua jangan cakap takde yang pesan tau.
Cara kenal produk yang mengandungi merkuri ialah:
  • biasanya likat likat cmtu dan terdapat dalam night cream.
  • bau agak keras, berbau logam dan setengah tu ada yang wangi jee sebab nak tutup bau logam tu. rajin rajin laaa bau setiap skincare korang
  • kesan pemutihan seawal seminggu jee. lepastu putihnya tak nampak ori pun, nampak macam fake sangat. licin kilat cmtu laa. kalau tengok depan depan scary jugak
  • sensitif sangat dengan cahaya matahari. baru kena matahari sikit dah merah semacam jee.
  • TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI. sebenarnya ia merupakan satu petanda awal lapiasan epidermis kulit kita telah ROSAK, kulit sudah tidak mengandungi protein & melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran radiasi.
  • Apabila penggunaan krim dihentikan, akan timbul bintik-bintik hitam di bawah kulit dan merata wajah. Lama-kelamaan kulit akan menjadi kelabu dan akhirnya kehitaman…KULIT KEMBALI KUSAM lebih teruk dari sebelumnya. lagi annoy
Nama merkuri yang biasanya terdapat dalam produk pemutihan kulit ialah Hg, klorida mercurous, klorida amida dari merkuri, cinnabaris, hydrargyri oxydum rubrum (merkuri oksida) dan merkuri iodide. Mohon cek produk kecantikan anda sekarang ye :D
Macam mana merkuri bagi bahaya dekat kita?
keracunan merkuri juga dikenali sebagai hydragyria atau mercurialism, suatu penyakit yang disebabkan oleh pendedahan merkuri dan pengumpulan dalam tubuh pada jangka masa yang lama. kesan dalam jangka masa panjang jika diteruskan akan sebabkan kerosakan saraf terutama pada tangan.
Selain tu, pengunaan produk yang mempunyai merkuri akan sebabkan warna kulit bertukar  jadi pudar dan menggelupas.
merkuri menghalang penguraian biokima catecholamines dalam tubuh, menyebabkan pengumpulan epineohrine dalam tubuh. hal ini dapat sebabkan perpeluhan yang melampau dan degupan jantung bertambah tinggi.
sangat penting untuk wanita hamil beware tentang kesan merkuri ini. bukan saja dengan hanya pegang, bau wap yang tersejat daripada krim juga merbahaya. apabila berlaku pengumpulan bahan merkuri dalam badan, ia akan menjejaskan perkembangan otak dan sistem saraf janin. selain itu, bahan merkuri juga dapat disalurkan melalui susu ibu. sebab itu, mama kena pastikan makan makanan yang berkhasiat dan dapatkan supplement yang sesuai. boleh klik link ini untuk lihat supplement for preggy mommy
Tips elakkan pengunaan produk yang mengandungi merkuri
  • semak label pada produk kecantikan
  • semak dekat KKM : http://portal.bpfk.gov.my/product_search.cfm
  • bau krim produk tu, kalau bau lain macam je, pendamkan je lah hasrat tu ye
  • sapu krim pada tangan dan sapukan cincin atau barang kemas. kalau ada merkuri, krim tu akan jadi kelabu
senarai produk rasanya tak perlu laa kan. kita jaga periuk nasi masaing masing. Rasa nak selamat, pilih lah produk kecantikan yang natural dan safe. Biarlah mahal sikit, tapi berbaloi dan selamat untuk diguna.
selalunya produk kecantikan yang natural ni, kesannya agak lambat sikit, tapi InsyaAllah berpanjangan dan tidak membawa kesan sampingan. Antara produk yang natural dan berada di pasaran Malaysia ialah :
  • Set Nutriwhite Shaklee (cleanser paling best) (Set Nutriwhite Shaklee)
  • Set Enfuselle Shaklee ( berminyak dan kering)
  • Burt’s Bee
  • Kiehl’s
  • Antipodes nature
  • dan banyak lagi sebenarnya.
for those yang dah tersilap pakai pencuci muka dan ingin rawat atau kembalikan kulit yang gebu gebu tu, boleh whatsapp  saya ye. saya cuba bantu mana yang boleh :) no worries, asalkan anda dah stop pakai yang merepek merapu tu. Go Green sekarang okay?
sekian aje sharing dari kita. Anything regarding to health and beauty, boleh terus contact kita ye :)


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:



♥ sms/whatsApp: 0199426177
COD:PULAU PERHENTIAN,BESUT TERENGGANU dan UKM BANGI, SELANGOR

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM79.50 dan RM90.10 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti


Tiada ulasan:

Catat Ulasan