Jumaat, 18 Disember 2015

Makan Vitamin Shaklee Tak Berkesan? Meh kita check balik apa yang jadi penyebab tidak berkesan =)

Makan Shaklee Tak Berkesan??


Assalamualaikum dan salam sejahtera..=)

Hari ini saya nak share sesuatu yang PENTING tentang SHAKLEE.. "MAKAN SHAKLEE TAPI TAK BERKESAN??" Haihhh... topik hot ni... maklumlah SHAKLEE dah bertahun2 kat Malaysia ni.. dah jadi hot produk pun.. semua orang kenal tapi tak berkesan.. memang melampau la kan..mesti rasa sia2 je kan beli suplemen kalau tak berkesan.. 


Mesti ada dengar keluhan macam ni kan??

"Minum ESP badan aku gemuk la"

"Makan B Complex tapi kepala sakit sangat, pening, apa masalah eh?? Tak serasi dengan saya ke??

"Dah 3 bulan consume set kesuburan, tapi tak pregnant pun lagi"

"Makan Alfalfa tapi jerawat banyak la keluar, kat belakang badan ada, muka naik jerawat, macam mana ni, tak cantik dah la muka kak ni adik"

"Tak nak dah la makan SHAKLEE, 3 hari tak leh nak bangun.. tak nak tak nak tak nak!!""

Haaahhhh tu dia.. panas je telinga kami ni sebagai SID(Shaklee Independent Distributor) ni.. boleh pulak kata shaklee tak berkesan?? jangan cepat melatah ye semua.. kenapa jangan melatah?? sebab kita kena check balik lifestyle kita.. check balik pemakanan harian kita macam mana.. Jangan asyik menuding jari je sedangkan tu salah sendiri kan?? Muhasabah balik diri kita yer.. jangan letakkan kesalahan sendiri atas bahu orang lain.. susah tau nanti.. hehehe

Ni saya nak bagi beberapa faktor yang menyebabkan supplemen tak berkesan:


Pengambilan air kosong dipandang remeh.



Ramai yang lebih gemar minum air manis atau yang berwarna. Tapi kita lupa yang air manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan menyebabknan kegemukan. Kita digalakkan minum air putih 3 liter sehari. Bagi membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik. Air putih penting untuk pastikan detokfikasi berjalan lancar supaya toksin dapat dikeluarkan daripada badan. Air merupakan bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan, membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel ke seluruh badan. Kekurangan air akan menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan. 


Makan Vitamin secara banyak dan sekaligus pada satu masa. 


Tujuannya takut terlepas makan vitamin yang lain. Ini boleh meningkatkan kepekatan darah pada masa tertentu,lebih-lebih lagi sebalum tidur. Sedangkan pada masa yang sama anda kurang ambil air putih bagi membantu penyerapan khasiat vitamin yang telah anda ambil. Bila membeli vitamin dapatkan jadual pengambilan vitamin yang sesuai daripada Perunding Kesihatan. Cuba agihkan pengambilan vitamin mengikut keperluan dan kesesuaian supaya kepekatan darah kita tak meningkat secara mendadak pada satu2 masa. Dalam masa kita juga membantu agar buah pinggan tak terbeban dalam memproses nutrien dalam badan. Makin kurang air, makin terbeban ginjal kita untuk memproses.


Pengambilan Kafein. 


Pengambilan minuman berkafein boleh ganggu penyerapan nutrisi vitamin yang diambil. Bila mengambil dengan kuantiti yang banyak dan berterusan boleh menyebabkan pembaziran pada khasiat vitamin yang diambil dan kerosakan pada vitamin.


Pengambilan Vitamin bersama ubat. 


Bagi kita yang masih dalam pengawasan doktor dan bercadang mengambil vitamin pada masa yang sama, elakkan mengambil kedua-duamya secara serentak. Kerana ia boleh menimbulkan kecelaruan dalam tubuh dan boleh menyebabkan gangguan pada penyerapan yang baik untuk kedua-duanya. sekiranya anda mengambil vitamin dan ubat, jarakkan pengambilan ubat atau vitamin 2 @ 3 jam.


Tidak konsisten dalam pengambilan Vitamin. 


Ni kalau rasa nak, makan, kalau malas tak makan. Ada juga yang berhenti separuh jalan bila lihat tiada kesannya. Harus faham, kesan suplemen ke atas tubuh kita adalah perlahan-lahan.Ramai orang yang tidak penah mengambil suplemen sebelum ini akan mengalami Healing Crisis selepas mengambil Suplemen Shaklee semulajadi. Jangan risau ia adalah positif kerana badan kita dalam proses pemulihan. Berikan masa pada tubuh anda 3-6 bulan untuk benar-benar merasai keberkesannya. Ikuti peraturan dalam pengambilan suplemen dan minum air 3 Liter sehari.


Pantang larang makan vitamin. 


Ada jugak yang tak ikut pantang larang atau cara makan vitamin tu sendiri. Contohnya multivitamin Vitalea tak boleh diambil bersama dengan susu sebab multivitamin yang lengkap dengan zat besi kalau diambil bersama dengan susu akan menyebabkan gangguan pada penyerapan zat besi. Kan rugi? Contoh lain, vitamin E tak boleh diambil dengan Alfalfa sebab kalau diambil dengan Alfalfa akan mengganggu penyerapan Vitamin E. So kalau dah dimaklumkan apa yang boleh dan tidak, elokla ikut. Hehe.


Haaaa.. tu antara beberapa sebab kenapa supplemen tak berkesan.. so, kepada yang mengamalkan suplemen tu dan rasa terkena batang hidung sendiri penyebab2 ni, please ubah ye.. ubah balik lifestyle tu.. beli suplemen dengan agen yang betul2 boleh membantu anda  SEPERTI SAYA LA.

Jangan segan silu untuk hubungi saya.. :)

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:



♥ sms/whatsApp: 0199426177
COD:PULAU PERHENTIAN,BESUT TERENGGANU & UKM Bangi, Selangor

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM79.50 dan RM90.10 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan