Khamis, 23 Februari 2017

Set Resdung Shaklee, Penawar Resdung Ajaib

Assalamualaikum


Pos saya hari ini ialah tentang penyakit resdung..sesuatu yang
 tidak asing bagi saya kerana kebanyakan masyarakat pada 
hari ini mempunyai masalah ini. Nampak macam tak bahaya, tapi 
banyak juga yang tak elok pasal resdung ni.Kebetulan juga ada 
seorang kawan berminat untuk tahu tentang set resdung Shaklee..
so, saya kongsikan di sini serba sedikit yang saya tahu dan hasil
carian daripada Pakcik Google tentang penyakit resdung ni..Yelah, 
nak cari penyelesaian kenalah tahu apa puncanya terlebih dahulu,kan..

Hmm..apa resdung tu yer..?

RESDUNG/ALERGI

Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang 
memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, 
maxillary dan sphenoif.

Perbandingan antara sinus yang sihat dan tidak sihat


APA TANDA-TANDA SESEORANG MENGALAMI 
MASALAH RESDUNG?

- Hidung selalu tersumbat
- Terdapat lendir dari hidung dan tekak
- Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
- Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
- Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
- Gejala alahan hidung seperti selalu bersin, gatal hidung 
dan sebagainya
- Sangat sensitif dengan habuk dan bulu binatang
- Kawasan sekitar mata dan muka membengkak apabila 
resdung semakin teruk
- Keluar jerawat yang banyak di muka(hanya orang2 tertentu 
ada simptom macam ni)

Terdapat dua jenis resdung, akut dan kronik. Gejala biasa
masalah resdung termasuklah kesesakan hidung, hidung 
berair, sakit kepala sinus, dan batuk. Resdung akut boleh
menyebabkan kehilangan pendengaran berkaitan resdung.
Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak akan membawa  
kepada pekak kekal dan sekalipun resdung akut sembuh,
pendengaran takkan kembali menjadi normal. 
Sebaliknya, sinusitis kronik biasanya menyebabkan
kehilangan pendengaran sementara yang boleh berkembang menjadi
keadaan kekal. Ini berlaku apabila resdung kronik membawa kepada
komplikasi lain seperti jangkitan telinga.

Kehilangan pendengaran akibat resdung boleh berlaku apabila jangkitan 
merebak ke telinga. Pendengaran akan terjejas apabila gegendang
 telinga mendapat tekanan yang disebabkan oleh keradangan sinus. 
Tekanan terbentuk disebabkan oleh pengeluran cecair dari bahagian
 yang berlainan, termasuklah sinus.

Haa..bahaya juga resdung ni ya..

PUNCA RESDUNG

ALAHAN

 - Terhadap jenis makanan tertentu , habuk , parasit (demodex) dan kutu.

- Semasa anda mengalami alahan, daging yang bertindak 
sebagai penapis  udara di dalam hidung akan membengkak.  
Seterusnya ia menyebabkan pergerakan udara tersekat.  
Apabila udara itu tidak dapat keluar,
ia pastinya akan terkumpul dalam rongga hidung.  
Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam
 hidung menjadi semakin membengkak..

KECEDERAAN

- Mungkin sebelum ini anda tiada masalah resdung, tetapi tiba2 saja 
anda mempunyai simptom resdung setelah mengalami kecederaan pada
 hidung. So, sesiapa pun berisiko mengalaminya. Apabila struktur hidung
 menjadi tidak normal, yang mungkin diakibatkan oleh tulang hidung
 retak atau patah ketika kemalangan, ia boleh menyebabkan seseorang 
mendapat penyakit resdung.  Bagi sesetengah orang yang mempunyai 
struktur tulang hidung yang "senget" tidak lurus (deviated nasal septum),
 risiko untuk mendapat resdung adalah tinggi.

JANGKITAN KUMAN DARI GIGI

- Kerosakan atau sakit gigi di bahagian atas juga boleh 
menyebabkan resdung. Kuman atau bakteria yang berasal 
dari kerosakan atau sakit gigi boleh merebak dengan 
mudah ke rongga sinus dan menyebabkan resdung.  hal 
demikian kerana kedudukan gigi gusi atas amat berdekatan
dengan rongga sinus.  Rongga sinus yang terdapat di dalam
tulang pipi ( dikenali sebagai maxillary sinus) merupakan 
rongga yang paling kerap mendapat sinutisis akibat kerosakan 
gigi. Dalam beberapa kes, mencabut gigi atau prosedur
pergigian yang tertentu juga boleh menyebabkan resdung.

TERDEDAH PERSEKITARAN TERCEMAR

- Disamping itu, kajian menunjukkan tabiat menyelam dan menyelam 
di air sungai atau kolam yang kotor serta laut yang tercemar turut 
menyumbang dan mengakibatkan penyakit ini. Apatah lagi bagi mereka 
yang bekerja dalam bidang ini. Memang berisiko besar dan anda 
mungkin ada masalah resdung!!

- Lebih parah lagi, resdung ini boleh merebak ke bahagian mata.  
Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh 
menjangkiti otak.  Tetapi, resdung tidaklah berjangkit kepada orang 
lain atau diwarisi oleh keturunan.

Macam saya, walaupun suami ada resdung dan selalu terbersin depan saya, 
tidak semudah itu untuk saya dijangkiti. Dan sekiranya anak2 mengalami 
masalah ini, tidak semestinya ia berpunca daripada penyakit keturunan
 ibu bapa. Satu tanggapan yang kurang tepat dan sangat biasa dalam 
masyarakat hari ini.

Jadi, bagaimana untuk mencegah simptom Resdung?

CARA MENCEGAH SIMPTOM RESDUNG

1) Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti 
kucing dan arnab
2) Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat 
daripada bulu binatang
3) Ringankan tangan kawan-kawan untuk membersihkan carpet/permaidani. 
 Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti.
4) Jika ingin mengemas rumah pakailah penutup hidung.
5)Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak.
6) Selalulah mencuci dan menjaga kebersihan muka
7) Jika anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu 
(contohnya makanan laut, elakkan mengambilnya)

Shaklee juga ada produk untuk membantu mengatasi masalah ini. Set ini 
juga membantu mengatasi masalah alergi atau 
gatal-gatal di seluruh badan.

SET RESDUNG/ALERGI SHAKLEE

1) Alfalfa Complex
2) Vitamin C
3) B Complex
4) Nutriferon(Tambahan)
Nutriferon untuk alergi
Set asas resdung dan Alergi Shaklee( Alfalfa Complex+B Complex + Vitamin C)
Berikut adalah fungsi setiap vitamin tersebut...

ALFALFA COMPLEX

- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan
 terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.
* Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa..

B COMPLEX

- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu 
pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk 
menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

VITAMIN C

- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami side effect
 dari pengambilan drugs anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi T-Cell dan Macrophage (Fungsi sistem pertahanan 
badan, sel darah putih)
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.

NUTRIFERON

- Meningkatkan interferon semulajadi badan dan menguatkan tindakbalas
 imun badan terutamanya jika anda bekerja dalam persekitaran
 yang  berhabuk, jerebu dan tidak sihat.
-Sangat digalakkan bagi mereka yang telah mengalami 
jangkitan kuman dan mempunyai simptom resdung
 yang agak berat.

Jika anda berminat untuk mencuba set ini, bolehlah hubungi saya, 
Asmaa Mohamad Salleh- Pengedar Shaklee anda yang sah..

NO hp:0199426177
fb:Asmaa Mohamad Salleh

Tiada ulasan:

Catat Ulasan