Jumaat, 11 Disember 2015

Set Kurus Shaklee Tidak Berkesan Membantu Anda Untuk Kurus dan Cantik?

Set Kurus Shaklee Tidak Berkesan Membantu Anda Untuk Kurus dan Cantik?



Dah berbulan makan Set Kurus Shaklee tapi berat masih tak turun-turun? Tak berkesan ke Shaklee ni? Anda kena tipu ke? Padahal orang lain cakap Shaklee ni bagus sangat. Jadi, di manakah silapnya?

Kenapa Berat Anda Tidak Turun Setelan Berbulan-bulan Mengambil Set Kurus Shaklee?

1) Cara pengambilan yang tidak betul

ESP dan Cinch Shake yang terdapat di dalam Set Kurus Shaklee adalah minuman yang mengandungi kandungan protein yang tinggi. Cara pengambilan yang tidak betul boleh mengakibatkan berat badan anda bertambah! Ngeri kan. Sebab itulah penting untuk anda memilih pengedar Shaklee yang boleh memberikan khidmat konsultasi yang terbaik untuk anda dalam hal ini.

2) Fahami konsep penurunan berat badan dengan Set Kurus Shaklee

Konsep penurunan berat badan dengan Set Kurus Shaklee adalah Detox dan Buang, Bakar serta Bina. Proses detox sangat penting untuk menyingkirkan segala toksin yang terdapat di dalam badan. Toksin ini boleh menjadi penghalang penyerapan vitamin dengan baik ke dalam badan. Manakala proses buang pula bertindak untuk ‘mencuci’ perut dan usus dari sisa bahan-bahan kumuh yang tidak disingkirkan sepenuhnya semasa kita ke tandas.
‘BAKAR’ pula merujuk kepada proses pembakaran lemak melalui peningkatan metabolisme badan. Manakala ‘BINA’ pula adalah proses pembinaan dan pemeliharaan otot supaya tidak menggelebeh apabila lemak-lemak telah hilang. Pembinaan otot juga penting kerana otot dapat meningkatkan aktiviti metabolisme berbanding lemak.
Sebab itulah jangan terkejut sekiranya berat badan anda tidak menampakkan perubahan besar tetapi ukur lilit pinggang anda semakin berkurangan! Ya.. inilah dinamakan ‘inch loss’.Kenapa hal ini berlaku?
Tahukah anda, lemak memerlukan lebih banyak ruang untuk penyimpanan berbanding otot. Gambar di bawah menunjukkan perbandingan saiz lemak dan otot pada berat yang sama.
Perbandingan saiz antara lemak dan otot pada pada berat yang sama
Perbandingan saiz antara lemak dan otot pada pada berat yang sama
Bandingkan pula bentuk badan dan berat badan wanita di bawah ini,
Perbandingan lemak dan otot
Apakah pilihan anda? ‘Weight loss’ atau ‘inch loss’?

3) Periksa kembali kalori makanan yang anda ambil sehari-hari.

Penting untuk mengetahui kalori makanan yang anda ambil kerana sekiranya kalori makanan yang diambil melebihi kalori dibakar memang berat anda tidak akan menampakkan perubahan malah boleh jadi bertambah-tambah. Cuma ingat formula ringkas ini
kalori makanan
Confuse la.. Ada macam-macam jenis Set Kurus Shaklee. Yang mana satu saya patut ambil? Pernahkah anda mengalami situasi seperti ini?
Set Kurus Shaklee terdapat beberapa jenis. Untuk pelanggan saya, saya akan pastikan dahulu kesesuaian Set Kurus Shaklee berdasarkan keperluan anda. Jadi, saya akan pastikan anda tahu kenapa produk itu perlu diambil dan anda faham bagaimana setiap produk itu berfungsi. Konsultasi ini eksklusif untuk pelanggan-pelanggan yang membuat pembelian dengan saya.

a) Set Kurus Bajet

Set Kurus Bajet Sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet yang terhad. Namun begitu ianya bukanlah kekangan untuk anda menurunkan berat badan dengan Shaklee. Terdapat 2 jenis Set Kurus Bajet yang disarankan.

Set Kurus Bajet 1 = Alfalfa dan Lecithin

Set kurus ini hanya mengandungi alfalfa dan lecithin. Kalau kita tengok point nombor 2 tadi, konsep penurunan berat badan yang dipenuhi hanyalah detox dan bakar. Bagi yang mengambil Set Kurus Bajet jenis ini, dikhuatiri otot anda akan menggelebeh setelah lemak-lemak hilang. Otot-otot baru tidak dapat dibina. Dan seperti yang saya telah terangkan tadi, otot membantu meningkatkan kadar metabolisme. Dah kurang satu kelebihan di sini. Namun begitu ada je yang berjaya turunkan berat badan dengan set bajet ini. Anda boleh baca testimonial Set Kurus Bajet tersebut di sini,

Set Kurus Bajet 2 = ESP dan Lecithin

Set ini hanya memenuhi konsep bakar dan bina. Proses detox dan buang tidak berlaku. Apabila detox tidak berlaku, toksin di dalam badan tidak dapat dibuang dengan sempurna. Toksin ini berkemungkinan menghalang penyerapan vitamin.

Set Kurus Lengkap = Alfalfa, Herblax, Omega, Lecithin dan ESP/Cinch Shake

Set kurus ini mengandungi kesemua produk yang bertindak memenuhi konsep penurunan berat badan cara Shaklee iaitu Detox/buang, Bakar dan Bina. Tentu sekali set kurus ini adalah yang terbaik.

Shape Up Set

Shape Up Set sama je macam set kurus Shaklee yang lain. Cuma diasarankan untuk menambah Cinch Energy Tea Mix di dalam set tersebut.
shape up set shaklee
Shape Up Set Shaklee

Perlukah mengambil Cinch Energy Tea Mix bersama produk lain di dalam Set Kurus Shaklee?

Pertama sekali anda perlu mengetahui apakah fungsi Cinch Energy Tea Mix di dalam Shape Up Set Shaklee. CInch Tea ini berfungsi menigkatkan metabolisme badan anda. Selain itu, Cinch Tea dapat memberikan anda tenaga semasa dalam proses penurunanan berat badan bagi mengelakkan anda cepat letih. Memang buntang la mata lepas makan CInch Tea ni. Rasa bertenaga sangat.

Jadi, set kurus yang manakah sesuai untuk anda?

Set-set di atas hanyalah set yang ditentukan secara umum. Sebelum membuat sebarang pembelian set kurus ini, saya akan mendapatkan beberapa maklumat daripada anda terlebih dahulu sebelum membuat keputusan set yang sesuai untuk anda. Sebab itulah, konsultasi sangat penting di sini. Anda boleh membeli set ini daripada kawan sepejabat, saudara mara atau ipar duai sekiranya anda berani mengambil risiko untuk menjadi sebahagian daripada mereka yang gagal menurunkan berat badan dengan Shaklee.

Testimonial pelanggan yang pernah mencuba Set Kurus Shaklee

Testimonial Shape Up Set Shaklee
Testimonial Shape Up Set Shaklee
Testimonial Shape Up Set Shaklee
Testimonial Shape Up Set Shaklee
Testimoni set kurus shaklee
Credit to diaryofmuhammad.com
Adakah anda berminat dengan Set Kurus Shaklee?

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:


♥ sms/whatsApp: 0199426177
Cod: Pulau Perhentian, terengganu, UKM bangi

Dapatkan konsultasi PERCUMA dan TIPS EXCLUSIVE dengan setiap pembelian khas untuk anda!

Jika anda ingin menikmati harga penjimatan potongan harga (diskaun) sehingga 20%, anda boleh mendaftar sebagai ahli Shaklee. Keahlian RM79.50 dan RM90.10 sahaja seumur hidup dan anda berpeluang menikmati lebih banyak keistimewaan lain selepas mendaftar sebagai ahli nanti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan